KUALA LUMPUR: Misi repatriasi membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai, India selamat tiba di Unit Kecemasan Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1 pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri berkata, misi itu dilaksanakan dengan menggunakan pesawat sewaan khas Malindo Air.
Misi yang membawa pulang sejumlah 132 orang tersebut melibatkan seramai 117 orang rakyat Malaysia dan enam orang tanggungan serta seorang pemegang status penduduk tetap Malaysia.
"Mengambil kira hubungan erat dan istimewa yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam, Kerajaan Malaysia turut menghulurkan bantuan untuk membawa pulang lapan orang warganegara Brunei Darussalam dalam misi repatriasi tersebut," kata kenyataan itu pada Rabu.
Kejayaan misi ini adalah hasil kerjasama erat melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), KKM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai serta agensi-agensi lain yang berkaitan.
Kesemua penumpang, kru dan pegawai-pegawai barisan hadapan yang terlibat dalam menjayakan misi ini adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti berikut:
i. Mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 yang disahkan negatif dalam tempoh tidak lebih daripada 72 jam sebelum pelepasan;
ii. Ketibaan penerbangan repatriasi tersebut secara berasingan di Unit Kecemasan Udara, juga dikenali sebagai Air Disaster Unit (ADU);
iii. Pemeriksaan dan tapisan kesihatan yang ketat oleh KKM sewaktu ketibaan;
iv. Perintah kuarantin wajib selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia;
v. Pemantauan tahap kesihatan secara berterusan terhadap semua penumpang termasuk kru dan pegawai-pegawai barisan hadapan yang terlibat oleh KKM sehingga tamat tempoh kuarantin.
Astro Awani
Wed May 12 2021
Kementerian Luar Negeri berkata, misi itu dilaksanakan dengan menggunakan pesawat sewaan khas Malindo Air.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
KPM sambut baik Sarawak rangka ujian ganti UPSR
KPM sambut baik hasrat kerajaan negeri Sarawak yang bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam di semua sekolah di negeri itu.
Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras RM2.41 juta di Bintulu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas minuman keras yang disyaki tidak berkastam dianggarkan bernilai RM2,414,784.30 termasuk duti dan cukai di Bintulu pada Jumaat lalu.
Jangan percaya orang tak dikenali - Flovia Ng
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah memberi peringatan kepada remaja khususnya kanak-kanak bawah umur agar tidak percaya kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Ia susulan tiga remaja di Ranau, bertindak tidak balik ke rumah kerana mahu ke Sandakan untuk mencari kerja bagi membeli telefon pintar.
Sektor Pontianak-Kuching perlu dihidupkan kembali
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Penumpang keluar masuk di LTAK melebihi kapasiti
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik hasrat Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu didirikan di wilayah itu
Kami janji bawa balik Piala FA ke Old Trafford - Erik ten Hag
Manchester United akan beri segalanya di Final Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini.
Isu kenaikan gaji penjawat awam antara dibincang
Isu kenaikan gaji penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara perkara dibincangkan dalam pertemuan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji dan Presiden Cuepacs, Datuk Adnan.
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
Fasa pertama bantuan 100 kontena ke Gaza bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
LIAM gesa rakyat Malaysia dapatkan perlindungan insurans
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menggesa rakyat Malaysia untuk mendapatkan perlindungan insurans hayat berikutan trend pembayaran tuntutan yang meningkat sejak dua tahun lepas.